the reversed "Michael Owen" situation...

Saturday, November 28, 2009 ·

Khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa Ruud Van Nilsterooy bakal menyarung jersi Liverpool Januari ini.



Beliau akan di pinjamkan untuk bermain sehingga tamat musim 2009/10 dan akan di serapkan/dibeli terus pada musim panas akan datang. Juga di beritakan beliau yang kini ketinggalan di belakang C. Ronaldo, Kaka, Benzema, Higuain dan Raul dalam senarai penyerang utama "Kelab Haloba" Real Madrid telah memilih untuk ke Anfield walaupun telah menerima tawaran yang sama dari Arsenal.


Jika benar berlaku, apa yang menariknya adalah berulang nya peristiwa yang berlaku kepada Michael Owen......reversed!!!


Kedua-dua adalah pemain berbisa di EPL, Owen untuk Liverpool dan Nilsterooy untuk MU... lalu menarik perhatian Kelab Haloba dari Sepanyol. Kedua duanya telah menyertai Kelab Haloba tersebut tetapi kurang menyinar. Owen balik ke EPL, cuba memancing Liverpool untuk mengambil beliau semula tapi tidak berjaya kerana ketamakan gaji lumayan. ..lalu datanglah Newcastle Utd yang menjadi Pak Sanggup. Setelah Newcastle jatuh ke Liga Coca Cola, Owen sekali lagi merisik peluang ke Anfield tapi tidak dilayan. Maka dia yang dulunya hero Anfield sekarang dah mendarat kat Old Trafford.


Van Nilsterooy pula agak berjaya di musim pertama di Kelab Haloba, tapi menjadi mangsa apabila terjadi pertukaran pengurus (Kelab Haloba ni tukar Pengurus macam tukar seluar dalam jea..) dan juga Presiden di Kelab Haloba...dan kini ingin bertukar pasukan untuk mendapat peluang bermain secara 'regular' demi mengintai peluang untuk bermain untuk Pasukan Belanda di Piala Dunia 2010.


....kalau benar, kita akan lihat situasi berikut....;


Michael Owen  : Liverpool - Kelab Haloba - NU - Manchester United




Van Nilsterooy : Manchester United - Kelab Haloba - Liverpool


..tentu dia kena booooo sakan kat Old Trafford!!!!...hehe


YNWA




1 comments:

RABUN said...
November 28, 2009 at 3:49 PM  

TAK SABAR MENANTIKAN SAAT ITU...

BLOOD IS RED FOR A REASON

About Me

My photo
Liverpool FC Supporter - Past,Present & Forever.

About this blog


News & Opinions on the World of Football with greater emphasis on the football club that I supported my whole life, Liverpool FC.

Followers