in rafa we trust!!

Friday, December 4, 2009 ·



untuk entry hari ni, aku nak cakap pasal mamat handsome kat atas;
nama mamat ni rafael benitez;
dia dah kahwin, jadi minah minah semua boleh lupakan hajat murni tu;
dia ni orang sepanyol, di lahirkan di madrid lebih kurang setengah abad dulu;
dan mamat ni ialah pengurus Liverpool FC.

tapi aku kesian kat mamat ni!!!
pengurus2(berasal dari UK) pasukan lain bikin cartel cemuh dia;
 media media di UK yang tak berapa suka kat dia membuat laporan berat sebelah;
si 'pundit' (pengulas sukan) bersekongkol kutuk dia;
apa dia buat semua tak betul;

dia orang kata dia suka merombak pasukan dan tidak "stick to the winning combination";
"zonal marking" menyebabkan gol liverpool banyak kali bolos dari "set pieces";
beliau silap menjual alonso;
beliau bodoh membeli aquilani;
dah tak ada modal, jambang (goatie) dia pun dia orang kutuk!!


time lfc dok demam ni, lagi ramai la orang yang kutuk mamat ni,
termasuklah "the so called" lfc's die hard supporter yang tak sabar sabar dan cepat menggeletar lutut nya.
yang bengang nya bekas2 pemain LFC saperti jamie redknapp, stan collymore, graeme souness dan ronnie whelan pun join sekaki kutuk dia;

tapi aku ada jawapan untuk mereka;
dia 'tinker' dan rombak pasukan demi menjaga kecergasan semua pemain'
terbukti apabila liverpool bertambah garang di akhiran musim;
"zonal marking" telah terbukti keberkesanannya,
kalau tidak macam mana reina boleh menang golden glove award 3 tahun berturut-turut;
alonso di jual bukan kehendak beliau, dah orang nak pergi buat apa nak tahan!!
dan aquilani "is a bargain" kerana kalau dia tak injured harganya 10juta pound lebih mahal,
dan dia akan jadi salah seorang bintang yang menyerlah untuk LFC.


apa apa pun aku dan ramai rakan rakan respect gila mamat ni!!!
dia berjaya memulihkan liverpool fc!
walaupun dia menerima pusaka yang kurang berkualiti dari houllier;
menang Champions League 2005, dan masuk final 2006;
super cup 2005, FA Cup 2006 dan Charity Shield 2006;
berjaya membawa dan membentuk permain tonggak bertaraf dunia
reina, carragher, masherano, gerrard dan torres;

dan mamat ni degil betul!!!
walau macam mana orang kutuk pun,
 dia tetap setia dengan LFC;
walau pun si haram jadah hicks dan gillet tak bagi duit nak beli pemain,
dia tetap setia;
walau pun kelab real "haloba" madrid offer kerja dua tiga kali;
offer balik kampung halaman lagi tu!
dia tetap setia;
sampai bapa dia meninggal dunia pun dia tak balik sebab ada perlawanan melibatkan liverpool di waktu sama;
itulah commitment yang di tunjukkan dek mamat ni.

sekarang ada panggilan pangilan sumbang agar mamat ni di pecat!!!
kata mereka mamat ni dah tak tau nak tadbir pasukan,
menyebabkan banyak kekalahan dan terkeluar dari champions league;
walhal mamat ni menghadapi masaalah kecederaan ramai pemain;
katanya mamat ni ada "poor man management",
menyebabkan pemain berpuak puak dan alonso mohon di jual;
walhal ramai pemain telah keluar memberikan kenyataan,
gerrard, reina, masherano & torres,
dalglish, rush, hamman, riise dan aldridge,
semua kata mamat ni terbaik!!!
mamat ni sahaja yang mampu membawa banyak kejayaan pada lfc;
mamat ni yang paling bijak dari segi taktikal;
mamat ni akan membawa kestabilan.

mamat ni yang terbaik punya!!

jadi,..untuk peminat peminat Liverpool FC semua :

masih terlalu awal untuk anda nak risau!!
musim masih baru!!
walaupun champions league dah out; masih ada europa league;
carling cup dah out; masih ada FA Cup;
...dan pintu untuk menjuarai EPL masih belum di kunci!!!

in rafa we trust!!!


YNWA 


1 comments:

Anonymous said...
December 4, 2009 at 9:56 AM  

serius aku skong mamat handsome ni..

tp x taw kbnyakkan fan2 lalang yg nk mamat ni resign...

bg aku die trbaik bt msa skang ni..prmainan media je ni..so brthanlah..

~YNWA~

BLOOD IS RED FOR A REASON

About Me

My photo
Liverpool FC Supporter - Past,Present & Forever.

About this blog


News & Opinions on the World of Football with greater emphasis on the football club that I supported my whole life, Liverpool FC.

Followers