lucas - mangsa keadaan??

Thursday, December 10, 2009 ·



hari ne terasa nak berN3 pasal si lucas leiva;


di lahirkan di Dourados Brazil pada 9 januari 1987;
menyertai liverpool daripada kelab Gremio, brazil pada bulan julai, 2007;
pemain termuda memenangi Bola de Ouro, 
anugerah untuk pemain terbaik Campeonato Brasileiro (liga Brazil),
 anugerah sama pernah di menangi  Zico, Romario, Kaka and Carlos Tevez.;







ketua pasukan brazil U20s dan memenangi South American Youth Championship  2007,
menjaringkan 4 gol di pertandingan tersebut;
debut untuk pasukan senior brazil pada Oktober 2006;


dari profil ringkas diatas jelas lucas adalah seorang pemain berpotensi sebelum menyertai liverpool!!!


tetapi kini ramai yang mencemuh lucas;
ramai yang menganggap lucas tidak layak menjadi pemain liverpool;
lucas tidak kreatif;
lucas terlalu kerap melakukan 'foul';
lucas penyebab  persembahan liverpool yang hambar!
dan bermacam macam lagi kata kata negatif...


mereka hairan dan tertanya-tanya
kenapa lucas mendapat terlalu banyak peluang bermain???
kenapa rafa terlalu percaya & yakin pada lucas???


yang lebih memeritkan..
cemuhan datang dari peminat LFC sendiri!


adakah adil cemuhan cemuhan yang di terima lucas??
betulkah lucas benar benar tidak layak bermain untuk skuad utama liverpool??
betulkah lucas penyebab banyak persembahan hambar liverpool akhir-akhir ini?


atau lucas hanya mangsa keaadaan (scapegoat)...?;


lucas tiba di liverpool dengan rekod yang cemerlang di brazil;
lucas adalah 'the golden boy of brazilian football'
di brazil dia bermain di posisi mid field kanan dengan cemerlang.


tiba di liverpool di usia muda ia itu 19 tahun
terpaksa menyesuaikan diri dengan keaadaan cuaca, bahasa, budaya yang baru,
rakan sepasukan baru dan kehebatan EPL,
dan posisi baru sebagai "holding midfielder"
satu permulaan yang amat sukar buat lucas!


namun lucas tabah menempuh segala dugaan
menghadapi cemuh peminat LFC
tekun belajar mengharungi dunia EPL yang mencabar
kalau di brazil beliau lebih menumpukan ke bahagian serangan,
kini lucas matang di bimbing rafa di bahagian pertahanan


siapa yang lupa akan persembahan lucas
menentang united musim lalu;
tanpa alonso, lucas berjaya  meneraju
LFC menang 4 - 1;


kini lucas telah matang
persembahan lucas makin meyakinkan


peminat yang dulu mencemuh
sudah ramai yang di tawan kembali oleh lucas


bagi aku, lucas amat berpotensi
akan menyinar di suatu hari
menjadi bintang LFC!!!


YNWA




0 comments:

BLOOD IS RED FOR A REASON

About Me

My photo
Liverpool FC Supporter - Past,Present & Forever.

About this blog


News & Opinions on the World of Football with greater emphasis on the football club that I supported my whole life, Liverpool FC.

Followers